Friday, April 18, 2008

She is now 1 year old...Arissa Fahima

Dah setahun....Arissa Fahima the 'bright and intelligent' girl has been with us. Arissa means bright and Fahima means intelligent. Dari rupa paras dah dapat dilihat bijak dan cerdiknya Arissa. Matanya bulat...lesung pipitnya...hidungnya hmmmm....yang tak berapa mancung he he he...

07 April was her 1st birthday...

Arissa...lain dari brother and sister. Umur 10 bulan dah start tatih dan lasaknya pun lebih dari brother and sister. Kalau brother started walking at the age 14 months, sister at the age 13 months...Arissa starts walking at the age of 11 months.

Gambar-gambar Arissa ikut turutan...1st photo, she was 9 mnths plus...2nd she was 11 mnths plus and the last photo was on her 1st birthday...what have she done to her cake...he he he... Look at her face...muka puas hati coz dah dapat pegang cake....

Amir's Sports Day


Last Saturday, 12 Apr 08 was Amir Farhan School's Sports Day. Dia cukup gembira sebab hari yang di nanti-nantikan untuk pakai track bottom yang Mak Ngah belikan di London telah tiba. Gembira punya gembira, bila pakai ketat daaa.... ketat kat pinggang...mungkin orang UK ni pinggangnya ramping...kesian dia...tapi pakai juga.

Amir Rumah Merah...tapi tak masuk apa-apa acara...mungkin kecil lagi, baru tahun satu walaupun sizenya macam tahun tiga...Something that I like about Amir is dia sentiasa happy...
Active tu jangan cakap la...tak reti diam...ada je benda yang dia buat. Kalau satu-satu ketika dia senyaaap je....hmmm mesti la ada yang di sepahkan atau ada benda yang dia buat...Amir..Amir... he is such a clever boy...

Wednesday, April 16, 2008

15 April 08 - Anak-anak Demam

Hari ni semuanya demam. Amir, Fatin & Arissa. Gambar ni waktu pagi sebelum ke klinik...


Tengok Arissa...dia yang paling active, walaupun demam dia paling kuat. Brother and sister cool je...

Sometimes I feel bad about myself....walaupun anak-anak kurang sihat terpaksa juga pergi kerja. Not saying that i am a workaholic and pentingkan kerja...tapi the responsibilities...ntah la tak reti nak explain...
Hari ni 16 Apr 06, Fatin & Arissa still demam. Except for Amir. He went to school this morning. Kadang-kadang kesian juga dengan hubby yang selalu berkorban cuti untuk jaga anak-anak...i luv u sayang...plus anak-anak...luv u all....

Friday, September 14, 2007

Doa Ramadhan Utk Hari Kedua, Ketiga & Keempat

Assalamualaikum.....

Friday, 14 Sept 2007 bersamaan 2 Ramadhan 1428
Hari Kedua
"Ya Allah, dekatkan aku kepada keredaan Mu dan jauhkan aku daripada kemurkaan serta balasan Mu. Berilah aku kemampuan membaca ayat-ayat Mu dengan rahmat Mu, wahai Tuhan Maha Pengasih"


Saturday, 15 Sept 2007 bersamaan 3 Ramadhan 1428
Hari Ketiga
“Ya Allah limpahkan aku dengan kecerdikan fikiran dan kewaspadaan serta jauhkan aku daripada kebodohan dan kesesatan. Sediakan bahagian ku daripada kebaikan yang kau turunkan., demi kemurahan Mu, wahai Tuhan Maha Pemurah daripada segala dermawan.”


Sunday, 16 Sept 2007 bersamaan 4 Ramadhan 1428
Hari Keempat
“Ya Allah berilah kekuatan kepada ku untuk melaksanakan perintah Mu dan berilah aku kemanisan berzikir. Berilah aku kekuatan melahirkan kesyukuran dengan kemuliaan Mu. Dan jagalah aku dengan jagaan dan perlindungan Mu, wahai Tuhan Maha Melihat
.”

Thursday, September 13, 2007

Wet World

Cuti sekolah hari tu tak ke mana pun...mak kat HUKM...because of her heart's problem...so we all adik beradik berulak-alik la ke HUKM. Nasib baik cuti sekolah...so anak-anak dok rumah Mek Ma diorang kat Keramat. Hari Khamis & Jumaat 23rd & 24th Aug 07 cuti utk amik giliran jaga mak....

Sian ngan Amir...asyik nak mandi kat swimming pool...so Ina & Lan decided to balik umah Shah Alam hari Jumaat on National Day...On Saturday 1st Sept we all sekeluarga gi Wet World...Yang paling seronok Fatin...We all kuar umah kul 9.30. Sampai Wet World beli ticket terus masuk...Weekend Wet World opens at 10 am...tapi weekdays they opens at 11 am.


'Budak kurang kurus' and her brother amir je yg mandi...Lan & Ina dok tengok & little sister Arissa seronok tido kat atas meja he he he....dalam kul 11.30 bila matahari dah start terik we all pun siap-siap utk balik.






Selamat Berpuasa

Dah lama benar meninggalkan blog ni...asyik sibuk nengok blog orang lain blog sendiri akhirnya di lupakan....

Selalunya asyik nengok blog dr marverick....a penny for your thoughts...seronok asyik dok belek blog cik abang ni....

Hari ni dah start puasa....penat bukan kepalang...al maklum...baru balik dari pangkor for my office employee day...stayed there for 3 days 2 nights....Pangkor Island Beach Resort ...nice place, kalau pegi ngan family lagi seronok kot....peginya hari Ahad 9 Sept 2007...baliknya pulak hari Selasa 11 Sept 2007.

Before Pangkor, we have our Family Day at Melaka - Kuala Sungai Baru....he he he...tempat pembuangan najis 'ba aliff ba ya' tu la. Serius we all stayed at Permata Chalet near to Sg Tuang... Tak pe...nanti kendian crita pasal Family Day ni...We all bertolak ke Melaka on Friday 7 Sept 07, after office. Family day nya hari Sabtu petang, malam plak ada makan-makan for my niece & nephew's birthday....The next morning, Ahad shoot to my office in PJ for my trip to Pangkor....

Itulah kisah nya...kepenatan yang terlampau...inilah nama nya dugaan berpuasa....alhamdulillah...still sihat lagi dan mampu berpuasa....bawah ni doa utk 1st Ramadhan....

Hari Pertama

"Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam. Dan Ampunilah aku wahai Tuhan maha pengampun daripada segala dosa."

Amin...Semoga ditetapkan iman ku


Thursday, August 24, 2006

Hari Raya Nov 2004



Nov 2004 - Aidilfitri

Adni Fatin was 8 months old.
Amir Farhan was 4 years plus.

Wednesday, August 23, 2006

Bagan Lalang Aug 2004

Amir Farhan & Adni Fatin
Bagan Lalang - back in Aug 2004
Adni Fatin is still 5 months old.